Followers

Friday, March 18, 2011

Kek Lapis Kukus Selangor

Meh sume jemput mkn *jemput² ayam je nie. Memandangkan aku ank jati selangor aku luahkan semangat ke selangoran ke atas kek aku nie.Merah kuning lg u.Ekceli kek nie aku wat mlm td nk jamu perut hubby aku hehehe.Klu rajin try la ek colour merah tu aku letak perisa strawberry & yg colour kuning tu perisa oren.Perisa lemon x de tu yg letak oren blh la ek asal ade rase.Kt bwh aku share resepi nyer ye buat tau jgn x buat.

 
Eh nmpk cm colour pink lak

Bahan² :-)
  • 5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
  • 225 g gula halus
  • 220 g tepung gandum*
  • 1 sk rata baking powder*
  • 1 sb ovalette
  • 150 ml susu cair
  • 1/2 sk garam
  • 100 ml minyak jagung
  • 1 sk esen vanilla
  • strawberry paste & pewarna merah untuk lapisan merah
  • perisa oren/lemon & pewarna kuning 
  • secukup chocolate chips untuk taburan
Cara² :-)

  1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan² di dlm mangkuk mixer kecuali minyak jagung,chocolate chips,pewarna dan perisa.
  2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung dan gaul dgn spatula hingga sebati.
  3. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan tabur secukup chocolate chips dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  4. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan tabur chocolate chips dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  5. Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.

4 comments:

Bibu said...

iissshhhh.....ajak2 ayam ke?dtg nak jamu sarap ni.gerenti dah hbis kan?hihihihi....

julia said...

hihihi dah abis la anie....nnt kite wat lg ye

Nur azreen ali said...

bawak sini.orang selangor nak rase!

julia said...

dah abis la