Followers

Monday, April 25, 2011

Tempura Sotong

Semalam time nk kuar ujan lak so aku pun wat la sotong tempura nie ha.Ambik resepi kt dapur k.ummi.Aku x msk nasi pun ratah cmtu je dah kenyang & 1 lg aku msk udang terbelit kentang muahahaha layan je la ek.Resepi udang terbelit kentang aku post n3 dier jap lg r ek malas nk type.




Bahan:-
Sotong dipotong bulat (*aku belah 2 je)
1/3 cawan air sejuk dari fridge
1 biji telor
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh soda bikarbonat
sedikit garam
Minyak

Cara Menyedia:-
Sotong dibersihkan dan dilap dengan kitchen towel (supaya bila goreng tidak meletup). Campurkan sume tepung, soda, garam, telor dan bancuh dengan air ais agar bancuhan tepung likat. Jangan terlalu cair. Panaskan minyak dan celupkan sotong ke dalam bancuhan tepung dan goreng dengan api sederhana agar tidak mudah hangus. Seeloknya digoreng satu persatu. Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan minyak. Aku makan dengan mayonis & sos cili je!

2 comments:

NADIAH KZAMAN said...

satu yg susah sket nak wat sotong or udang goreng tepung ni sbb kita kne goreng satu-satu kan? wuwuw..gmbr tu sedap.

julia said...

nadiah~a'ah goreng satu² klu x melekat tp klu dah darurat masuk je sume dlm kuala kikiki