Followers

Monday, April 04, 2011

Oreo Cheese Cupcake

Isnin yg best sambil golek² kt ats katil ngan c tecik aaron hahahaha tension je sape² yg keje kn.Mesti korang lemau je kt opis bile ari ptame keje stelah cuti 2 ari.Dulu aku pun cmtu gak dan² ari senin mc wakaka x cukup rest la tu yg aku continue cuti lg.K la meh aku jamu mate korang ngan oreo cheese nie ha biar btmbh lemau lg & mdebapkan kn badan ngan lemak cheese nie.Resepi aku ambik kt k.wan,julia c&p halal ye.



Oreo Cheesecake Cupcake

Bahan-bahan
2 packet biskut oreo (1/2 utk base dan 1/2 utk filing dan toping, dibuang creamnya)
250gm cream cheese - suhu bilik
30gm mentega
100gm gula kaster
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
50gm serbuk oreo

Hiasan :  Serbuk oreo secukupnya

Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 180C.  Sediakan acuan tart dan cawan kertas, masukkan sekeping biskut oreo di tengahnya sebagai base (dasar).  Ketepikan dahulu.
  2. Putar cream cheese, mentega, gula dan esen vanila hingga sebati, masukkan telur satu persatu dan putar hingga licin dan tidak berketul.  Masukkan serbuk oreo, gaul hingga sebati.
  3. Masukkan ke dalam piping bag, gunting muncungnya.  Kemudian pipekan ke atas biskut oreo.
  4. Taburkan di atasnya dengan serbuk oreo dan bakar selama 20-25 minit.  Sejukkan selama 1 jam di dalam peti sejuk atau semalaman.

6 comments:

Onchobob Umbriak said...

Oh sedapnye Cup Cake tuh. Nak cuba bila ade masa terluang. :D

julia said...

doris~cube la doris senang je nk wat nie ;)

AkieZecky said...

macam sedap jer.. dah le tengah lapar nie

bjay69 said...

terliur.....

nadira shahid said...

ok! NS terliurrrr... cm sedapp

julia said...

AkieZecky~alo cian nyer lapo ek
Bjaya69~ :)
NS~ sedap nnt try ek