Followers

Monday, May 23, 2011

Tauhu Jepun & Kwn² nyer

Nama lauk tak agak² hihihihi dah x tau nk letak name ape hentam je la.Menu utk lunch aku slain ikan cencaru bakar yg dbakar ats dapur ges je dan dibalut ngan aluminum foil.X yah post pix la ye simple je.Sblm tu aku nk ucapkan salam takziah keats mangsa² bencana tanah runtuh kat rumah ank² yatim al-takwa, hulu langat tempohari.Semoga roh mangsa yg terkorban d cucuri rahmat...-AL-FATIHAH-





 Bahan² :-)
  • 1 keping tauhu jepun dipotong bulat dan digoreng
  • 1/4 labu brokoli
  • 100gm sawi jepun
  • 5 ekor udang sederhana besar
  • 1 inci carrot 
  • 2 ulas bawang putih
  • Sesudu makan minyak masak
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Sedikit minyak bijan
  • Sedikit lada sulah
  • Sedikit tepung jagung- bancuh dgn sedikit air
  • Sedikit air
  • cili merah

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih,
  2. Masukkan udang,sayuran,air ,serbuk perasa,garam lada sulah.
  3. Masukkan sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  4. Masukkan tauhu yg sudah digoreng dan kacau.
  5. Angkat dan masukkan kedalam pinggan hidangan,kemudian titiskan dengan minyak bijan.


2 comments:

Azita Zain said...

Akak baru jer buat sup tauhu jepun semalam...campur2 dengan sayur2 gak...

julia said...

sedap kan kak tauhu jepun nie