Followers

Friday, May 20, 2011

Ayam Masak Kicap

Yuhhhhuuu...n3 pepagi buta,layan prasaan dlm ujan gerimis cewah.Ayam msk kicap nie lauk dinner aku mlm td skrg baru ade mase nk post n3.Mesti korang tgh lena tido dlm kesejukan kn time nie.Skrg ptg je ujan nk kuar umh pun malas...ujan lak smpai ke tgh mlm kengkdg tu smpai ke pagi.U'ollz jage kesihatan ye skrg nie musim demam cuaca pun x menentu skrg nie.Byk kan minum air masak.Ok la resepi aku share kt bwh tu klu rajin ambik ler ye....



Bahan² :-)
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 biji bawang besar*
  • 2 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*            * dikisar
  • 1/2 inci halia*
  • 2 sb cili mesin
  • 2 sb kicap manis
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb kicap pekat
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sb sos cili
  • 1 biji bawang besar dimayang
  • sedikit air


Cara-caranya:
  1. Ayam di gaul bersama garam dan kunyit,goreng separuh masak.
  2. Ambil sedikit minyak lebihan goreng ayam tadi,tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tadi hingga naik baunya,kemudian masukkan cili kisar tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan kicap manis,kicap pekat,sos cili,sos tomato,sos tiram dan sedikit air,biar hingga mendidih
  4. Masukkan ayam,kacau sehingga ayam masak,masukkan bawang yang telah dimayang tutup api,masakan siap untuk dihidangkan.


No comments: