Followers

Friday, July 01, 2011

Ayam Goreng Berempah

Salam Jumaat u'ollz.....,

Kejap je dah ari jumaat kn....x lame lg nk pose dah best nyer leh la slim kn badan skit ahakx.Ok ari nie aku msk ayam goreng berempah penah wat sekali mase mkn ngan n.lemak hijau dulu tu tp kali nie aku mkn ngan nasi putih aje.Resepi aku ambik kt dapur k.zai....c&p je ye k.zai tenkiu (^__^)




6 ketul ayam (bahagian tulang lebih sedap)
* 1 biji bawang sederhana besar
* 2 biji bawang putih
* 1 batang serai
* 1 inci halia
* 1 inci kunyit
* 1 inci lengkuas
* 1 batang cili merah @ 5 batang cili api - x letak
* 1 sudu kecil ketumbar biji
*1 sudu kecil jintan manis
* 1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk cili- x letak
3 sudu besar serbuk kari
Garam
Serbuk perasa (optional)
1 biji telur - x letak
Tepung gandum secukupnya untuk menyalut ayam - x letak.
Cara-cara

1- Bahan bertanda ( * ) perlu ditumbuk @ dikisar halus. Gunakan blender kering kalau nak kisar.
2- Perap rempah yg siap ditumbuk @ diblender, serbuk lada hitam, serbuk cili, serbuk kari, garam dan perasa bersama ayam lebih kurang 1/2 jam. lagi lame perap lagi sedap.
3- Panaskan minyak didalam kuali. sementara tu, pecahkan telur dan gaulkan bersama ayam yg telah diperap tadi hingga rata.
4- Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga cukup menyalut ayam tadi.
5- Goreng serta merta hingga garing.
6- **Telur & tepung hendaklah digaul bersama ayam bile time nak goreng je. kalo arini perap, esok baru nak goreng, x perlu masukkan telur n tepung.

6 comments:

s.y.a.r.q said...

nak sikit!! :P

julia said...

s.y.a.r.q ~ x leh *smbil terus nyorok kn ayam....

AZLITA AZIZ said...

sedapnya ayam...
ni kalau akak buat mesti tak cukup sekor... fav anak2

julia said...

k.ita ~ kt umh julia goreng ½ ekor je sbb mkn pun 2 org je...kt umh akk ramai tu yg leh msk sekor kn,klu cuti skola ank akk sume kt umh lg x cukup kn mau 2 ekor kot kene msk...

lina_pg said...

sedap ayam berempah ni..anak2 sy cukup suka kalau wat..

julia said...

k.lina ~ a'ah kak mmg sedap lg² klu panas pas goreng tu