Followers

Friday, June 17, 2011

Nasi lemak Hijau

Salam....Jumaat penghulu segala ari,

Mlm nie dinner aku wat n.lemak hijau slalu wat colour putih je tp ari nie lain skit.Ijau tu bkn dtg dari pewarna ye tp dr daun pandan tu.Dah la kek atau kuih letak pewarna tang nasi lemak nie x yah la letak,ikut u'ollz la nk letak ke x nk ye ade aku kisah cak...cak....cakkkk.Lauk sampingan mkn dgn n.lemak nie aku wat sambal telur & ayam goreng berempah.Resepi n.lemak hijau nie aku skodeng kt dapur cmg....resepi c&p kt bwh.Must try ok.





Bahan-Bahannya

*4 cawan beras Basmathi, cuci dan rendam 20 minit, toskan
*4 cwn santan (1 biji kelapa parut)
*1 cawan air utk di kisar bersama 10 helai daun pandan >>di kisar halus dan tapiskan
*2 batang serai, dititik
*1 helai daun pandan, disimpul
*1 inci halia, diketuk
*3 ulas bawang putih, diketuk
*5 biji bawang merah kecil, dihiris halus
*1 batang kayu manis*
*1 kuntum bunga lawang*
*5 kuntum bunga cengkih*
*3 biji buah pelaga*(*rempah tumis)
*1 sudu kecil serbuk lada hitam
*Sedikit garam

Cara membuatnya
  1. Tuang kisaran daun pandan tadi dalam kelapa parut, tambah air secukupnya, ramas dan perah hingga mendapat 5 cawan santan (gunakan cawan yang sama untuk menyukat beras). Masukkan beras yang ditoskan tadi dalam rice cooker. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali(julia guna minyak sapi). Tumis rempah tumis, bawang kecil hiris, bawang putih ketuk, halia titik dan serai titik tadi hingga harum. Tuang santan dan masukkan daun pandan yg disimpul.
  3. Masukkan garam dan serbuk lada hitam, biar mendidih. Matikan api dan tuang santan tadi dalam beras yang telah diisi ke dalam rice cooker tadi. Tekan "ON" dan masak seperti biasa, bila nasi masak, balik2kan nasi menggunakan chopstick. Jangan terlebih dibalikkan, nanti nasi patah2.
  4. Boleh dihidangkan bersama bahan2 sampingan sebelum dihidang.. selamat mencuba!!

2 comments:

Mas said...

kak mas pun pernah buat nasi lemak hijau ni..
best kan....

julia said...

best sesgt