Followers

Sunday, June 12, 2011

Mee Goreng Simple

Salam ari minggu....
Ari nie aku rajin nk wat bekpes tp goreng mee je pun.Bahan² pun yg mane ade je dlm fridge tu.Boleh la janji ade rupe mee goreng sudah.Psssst sayur x de aku pi tibai letak mushroom wakakaka...


 

BAHAN² :-)
500 gram mi kuning, cuci dan toskan
1/2 cawan isi ayam
5 fillet isi ketam
3 biji cendawan shitake
1 biji telur, dipukul sedikit
1 kiub ayam "maggi"
1 1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos tomato
2 - 3 camca besar kicap pekat
1 cawan air
Sos ikan secukupnya
4 biji bawng merah, hiris
3 ulas bawang putih, cincang halus

CARA² :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga garing. Masukkan sos tiram, sos cili dan kacau rata. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur, buat scramble telur, masukkan air dan kicap pekat. Biar mendidih.
  2. Tambah kiub ayam, isi ketam dan ayam. Masak sekejap dan masukkan mi kuning, gaul rata dan tambah cendawan. Masak sekejap, rasa dan jika kurang masin, renjis dengan sedikit sos ikan.

No comments: