Kat dapur ade bal pisang lg pas wat kek kukus pisang smlm, drpd buang cmtu lbh baik wat kek lg tol x.Resepi nie aku skodeng kt dapur kak wan.....kak wan mintak izin ye...julia kopi pes kt sini.Rase mmg sedappppp sgt cube la ye.
Steamed Soft Banana Cake / Apam Pisang Kukus
Sumber : resipicitarasawan
Lapisan Bawah
Bahan A
200gm pisang masak di lecek
1 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh esen pisang / vanila
Bahan B
100gm gula perang
3 biji telur Grade B
100gm tepung pau / Tepung Hongkong / Superfine
1 sudu teh double action baking powder
60ml minyak jagung
Bahan C (Lapisan Atas)
2 biji telur Grade B
60gm gula kaster
20ml air
60gm tepung pau
Cara-cara :
1. Lapisan Bawah : Sebatikan bahan A, ketepikan.
2. Satukan bahan B kecuali minyak jagung, gaul dengan hand whisk hingga rata. Masukkan bahan A dan minyak jagung, gaul hingga rata.
3. Tuang 1/2 adunan ke dalam acuan lompang dan kukus selama 15 minit.
4. Lapisan Atas : Pukul telur, air dan gula hingga kembang. Masukkan tepung dan gaul rata. Tuang ke atas lapisan bawah hingga penuh, letak 1 hiris pisang sebagai hiasan dan kukus selama 10 minit lagi.
No comments:
Post a Comment