Followers

Thursday, February 24, 2011

Apam Dot²

N3 ari nie aku wat apam dot² terase nk mendot² lak.Filling aku letak blueberry klu korang nk ltk coklat pun blh ikut citarasa la ye.Apam nie lmbut je msk dlm mulut smpai 3 ari la tahan klembutan nyer tp kene la ltk dlm bekas kedap udara tau.Klu korang rase nk frozen kn pun blh klu rase² nk mkn korang kukus blk je.

Bahan-bahan :-)
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 280 gm tepung gandum
  • 200 gm gula halus
  • 200ml susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete 
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
Cara-cara :-)
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

Wednesday, February 23, 2011

Caramel Cake


Kek yg paling hubby aku suke tp ari nie aku buat nk jamu kwn hubby dtg.Resepi nie aku ambik kt KR asal dr yani my resepi rase nyer tp telah diolah oleh kak munira baharom rkn kr.Kat bwh aku tepek kn resepi paham step by step baru senang nk buat ok.

saiz 7x7

bahan2:
(A)
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)

(B) - Bhagian Atas
1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)

(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk

(D)Merinque
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)

Cara menbuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...tahan dlm peti ais 5 hari tau....2 pun klu x abih d'makan...

Spaghetti Ala Julia

assalammualaikum semua jwb x jwb dosa.Thari nie aku mkn spaghetti je malas nak mkn nasi.Resepi nie sesuai la sgt utk ssape yg nk mkn spaghetti yg rase pedas² tekak org melayu mesti nk ade pedas sikit.Actually nie hubby aku nyer resepi dier ckp tgk kt astro ntah ye ke x la tu.Jgn malu jgn segan try la ye

BAHAN-BAHANNYA :-)
250g spaghetti 
1 tin cendawan butang (hiriskan)
1 biji bawang besar saiz sederhana*
3 ulas bawang putih*
1 biji tomato merah*(*potong dadu)
1 tin tuna chilli (toskan  minyaknya)
200g daging cincang
250g sos spaghetti prego
Daun Rosemary kering (optional) 


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus spaghetti tadi dalam air mendidih yang diletak garam hingga spaghetti lembut, toskan dan    gaul dengan sedikit minyak zaitun.
  2. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang besar, bawang putih,tomato merah yg dipotong dadu dan daun rosemary.Selepas tu mskkan daging cincang dan tunggu sehingga daging msk.
  3. Mskkan sos spaghetti bila dah naik minyak mskkan tuna chilli dan cendawan butang. 
  4. Agak² dah masak tutup api dan blh la dhidang kn



Chiffon Cake

Kek chiffon nie aku ikut resepi CMG cume aku derhaka pi letak chocolate rice & chocolate chip kt bhgn atas cake tu.Fuhhh sdpppp sgt.




Bahan A:-
4 kuning telur (gred A)
50 g gula halus
30 ml pati santan (boleh ganti dgn susu atau pun air)
Secubit garam
100 g tepung naik sendiri (self-raising flour)
1 camca teh paste pandan
30 g minyak jagung

Bahan B:-
4 putih telur (gred A)
60 g gula halus
1/2 camca teh cream of tartar

Cara membuatnya:-
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Susun paper cup dalam acuan muffin (kurang lebih 24 kepingan paper cup). Dalam satu bekas, satukan semua bahan2 A dan kacau dgn wisk hingga semua sebati dan hancur. Ketepikan sebentar.
  2. Dalam mixing bowl, masukkan putih telur dan putar pada kelajuan tinggi. Masukkan cream of tartar dan gula sedikit demi sedikit hingga habis. Terus memukul hingga pekat dan kental.
  3. Gaulkan adunan putih telur tadi ke dalam adunan A hingga sebati. Gunakan kaedah kaup balik. Tuang dalam paper cup tadi hingga penuh. Buat hingga habis dan bakar dalam oven 15 - 20 minit. Sejukkan atas redai sebelum dihidang.

Tuesday, February 22, 2011

Restoran Hokkaido

N3 kali nie aku nk cite tmpt mkn yg sedap kt kl.Restoran nie tletak bdepan ngan hotel vistana senang je nk cari.Klu x jumpe search google map abih cite.Aku slalu mkm kt restoran nie bg aku mskan dier mmg marvelous ah.X caye korang try la mkn kt sini.Tp korang pandai² la nk cari parking sbb bderet kete parking kt jln tu siap double parking lg.Blh je nk block kete org nnt kt kaunter tu cashier akan wat announce car no suh remove car korang tu.Meh tgk pix² yg aku mkn minggu lps.

Butter Prawn

Pilih²


Kam Heong Bamboo Lala

Sizzling Tofu



Steamed Tofu With Minced Beef

Nie lg 1 menu lunch ari nie.....nmpk byk kan bhn² dlm nie,actually aku lbh kn bhn tu baru sedappppp.Resepi nie aku skodeng kt dapur kak zila, kak....julia C&P ye ty.

Bahan² :-
1 packet soft tofu
200 gms minced beef
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
Sedikit carot
Sedikit daun kucai / daun bawang
3 stalks shitake mushroom
Garam

Bahan seasoning :-
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu kecil gula
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu kecil pepper
Sedikit Air

Cara cara
  1. Steam / kukus tofu selama 2 minit dan buang air yg terhasil. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, saute bawang merah dan putih hingga kekuningan, masukkan minced beef. Biarkan seketika.
  3. Sementara itu, campurkan semua bahan seasoning ke dalam mangkuk, gaul sebati dan masukkan ke dalam kuali tadi.
  4. Kacau, masukkan shitake mushroom, carot,cili merah dan daun kucai / daun bawang. Perasakan.
  5. Sedia dinikmati panas panas.

Sup Ayam Julia

A'kum ari nie aku msk sup ayam utk lunch slalu nye x msk pun sbb hubby blk awal tu yg msk.Sup ayam nie aku msk langsung x de mgunakan stitik minyak pun....minyak ori dr ayam tu dah cukup x yah lg nk bubuh minyak.Klu rajin cube ye...kt bwh nie aku sertakn resepi nye

Cili potong mesti ade bg berasap skit

BAHAN-BAHANNYA :-)
½ ekor ayam (ikut suka nk potong brape)
3 - 4 biji kentang
5 biji fish ball (optional)
2 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
½ inci halia (dihiris)
1 1/2 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan manis
1 camca besar serbuk lada hitam
1 camca besar serbuk kayu manis
2-3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
Air secukupnya
Hirisan daun sup/daun bawang*
Bawang goreng secukupnya*(*untuk hiasan)

CARA² :-)
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap biji dan rendam dalam air.
  2. Masukkan air dlm periuk lepas tu masukkan hirisan bawang merah,bawang putih dan halia tunggu smpai air rebusan mendidih.
  3. Bila air dah mendidih blh la msk kan ketumbar,jintan manis,serbuk lada hitam,serbuk kayu manis,bunga cengkih,buah pelaga & bunga lawang.Tunggu shingga terbik bau wangi mggunakan api yg kuat.
  4. Masukkan kentang,fish ball dan ayam biarkan dlm 45 min - 1jam (Sehingga kentang empuk)
  5. Tambah garam secukup rasa....kalau dah cukup rase dan kentang dah empuk tutup api.Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sertakan sekali cili potong.Selamat mencuba ;)