Followers

Showing posts with label Chinese Food. Show all posts
Showing posts with label Chinese Food. Show all posts

Tuesday, May 03, 2011

Kung Pao Chicken

Slmt tghari dah mamam lom??jgn mkn lmbt msk angin lak perut tu kang...aku x leh mkn lmbt mmg perut msk angin nnt.Sejak dr skola rendah dah kene gastric tu yg x leh biarkan perut kosong.Aku mmg sokong kantin sekolah haram kan minuman berkarbonat jual kat budak² bkn nyer ape,aku kene gastric sbb minum air ges nie la ari² lak tu wlaupun org kantin tu letak air kosong skit kt dlm air tu (mcm aku x tau nk untung lbh diaorg cmpur air kosong ish...ish...ish x ikhlas niage cm tu tau)

Kan bagus dr dulu lg gov haram kn x de la aku terjebak minum air ges nie time skola dulu huhu.Sape suh aku minum air ges ari² (dah iman x kuat tgk air tu nak wat cam ner....tanggung sendiri la) tp tu dulu skang nie x de dah,nk cari penyakit klu minum gak.

Lunch aku ari nie aku msk kung pao chicken...mesti hubby aku suke opkos la nie kn lauk cine.Aku pun suke gak slalu dah aku wat nie tp kali nie aku ambik resepi kt c.wan....c&p je la ye,thx c.wan.

nie je la menu lunch aku ari nie



Perapkan bersama 15minit:- 2 sudu besar sos tiram/ 1 sudu kecil tepong jagung/ sekeping dada ayam (saiz kecil) dipotong kecil
Cara:- goreng hingga ayam masak tapi tak perlu garing, ketepikan.

Bahan Sos disatukan:- 1/4 cawan air pati ayam/ 1 sudubesar kicap manis/ 2 sudubesar sos bawang putih/ 1 sudubesar gula/ 1 sudukecil garam/ 1/2 sudukecil tepong jagung.
Bahan Tumis:- 1 sudubesar minyak bijan + 1 sudubesar minyak biasa/ 8 biji cili kering@ 3sudubesar dry chili flakes/ 2 biji bawang putih*/ Halia muda sebesar ibu jari* dihiris/ 1/3 cawan kacang gajus yang telah dipanggang.
Cara:- Tinggalkan 1 sudubesar minyak ayam tadi dan campur minyak bijan,panaskan dan tumis bawang putih dan halia hingga layu kemudian masukkan cili kering, tumis hingga cilli sedikit gareng. Masukkan bahan sos dan masak hingga sedikit pekat dan naik bau. Masukkan isi ayam tadi dan gaul rata selama 5 minit kemudian masukkan gajus dan kacau untuk sebatikan. Sedia untuk dihidang.

Saturday, April 16, 2011

Salad Berdaging

Salam Sab2 kengkwn ku...dah mamam ker?Aku baru pas mkn nie msk sayur nie je ha yg lain hubby tapau kt kedai.X kisah la msk sendiri ke beli kt kedai ke janji aku ade gak msk sejenis lauk utk hubby dr x de kn.Saje wat tmbh² lauk.Senang je nk wat nie pejam mate nipu sgt la tu cmner nk pejam mate kang tbako lak tgn nnt kn.Try la ye klu rajin daging tu cincang sendiri klu kurang rajin cm aku nie gune je daging cincang ramly tu abih cite.Spt biase resepi aku attach skali kt bwk tu ;)



Bahan :-)
  • 3 pokok salad
  • 100g daging cincang
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 sudu sos tiram
  • ½ sudu kicap pekat
  • 1 sudu kicap cair
  • sedikit air
  • 2-3 titik minyak bijan
  • 1 tangkai cili merah (utk hiasan) * cili merah x de aku hentam cili kering je
Cara :-)
  1. Salad dicelur kedlm air yg mendidih hingga lembut,angkat & toskan
  2. Panaskan minyak tumis bawang putih hingga kekuningan,masukkan sos tiram kacau rata & masukkan daging cincang kacau hingga daging msk
  3. Masukkan sedikit air,masukkan kicap cair,kicap pekat & minyak bijan gaul mesra
  4. Bile kuah agak pekat masukkan cili merah gaul lg & tutup api.Selepas itu blh la dicurah kuah keatas salad yg telah dicelur tadi

Tuesday, February 22, 2011

Steamed Tofu With Minced Beef

Nie lg 1 menu lunch ari nie.....nmpk byk kan bhn² dlm nie,actually aku lbh kn bhn tu baru sedappppp.Resepi nie aku skodeng kt dapur kak zila, kak....julia C&P ye ty.

Bahan² :-
1 packet soft tofu
200 gms minced beef
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
Sedikit carot
Sedikit daun kucai / daun bawang
3 stalks shitake mushroom
Garam

Bahan seasoning :-
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu kecil gula
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu kecil pepper
Sedikit Air

Cara cara
  1. Steam / kukus tofu selama 2 minit dan buang air yg terhasil. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, saute bawang merah dan putih hingga kekuningan, masukkan minced beef. Biarkan seketika.
  3. Sementara itu, campurkan semua bahan seasoning ke dalam mangkuk, gaul sebati dan masukkan ke dalam kuali tadi.
  4. Kacau, masukkan shitake mushroom, carot,cili merah dan daun kucai / daun bawang. Perasakan.
  5. Sedia dinikmati panas panas.