Followers

Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

Monday, July 11, 2011

Maggie Sup

Salam...


Lunch td aku mkn maggie sup je.Untuk Aaron lak aku msk kan alphabet pasta.Oh ye maggie sup nie aku x letak cili api sbb maggie kari nie dah pedas kang klu letak cili api cherry berry aku nnt hahahha.Bahan² lak aku main sumbat je ape yg ade.



Bahan² :-)


1 bungkus Maggi Kari
1 tangkai cili merah – hiris menyerong
3 batang fish cake – potong kecil
beberapa tangkai sawi
½ sudu sos ikan
1 biji telur
1 gelas air

Cara²:-)

  1. Panaskan air di dalam periuk kecil.
  2. Masukkan mee maggi. Biarkan sehingga lembut sedikit.
  3. Masukkan cili, fish cake, perencah maggie,sawi dan sos ikan. Biarkan hingga mendidih.
  4. Masukkan telur dan kacau hingga telur masak.
  5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan

Sunday, June 12, 2011

Mee Goreng Simple

Salam ari minggu....
Ari nie aku rajin nk wat bekpes tp goreng mee je pun.Bahan² pun yg mane ade je dlm fridge tu.Boleh la janji ade rupe mee goreng sudah.Psssst sayur x de aku pi tibai letak mushroom wakakaka...


 

BAHAN² :-)
500 gram mi kuning, cuci dan toskan
1/2 cawan isi ayam
5 fillet isi ketam
3 biji cendawan shitake
1 biji telur, dipukul sedikit
1 kiub ayam "maggi"
1 1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos tomato
2 - 3 camca besar kicap pekat
1 cawan air
Sos ikan secukupnya
4 biji bawng merah, hiris
3 ulas bawang putih, cincang halus

CARA² :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga garing. Masukkan sos tiram, sos cili dan kacau rata. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur, buat scramble telur, masukkan air dan kicap pekat. Biar mendidih.
  2. Tambah kiub ayam, isi ketam dan ayam. Masak sekejap dan masukkan mi kuning, gaul rata dan tambah cendawan. Masak sekejap, rasa dan jika kurang masin, renjis dengan sedikit sos ikan.

Saturday, March 26, 2011

Mee Udon Goreng

Salam 1malaysia,korang mkn per lunch nnt.Meh try msk mee udon nie asik mkn nasi je ssekali mkn la mee pulak.Ok la x leh nk wat N3 panjang² Aaron dah panggil tu.....resepi kt bwh spt biase.



Bahan² :-)
  • 400g instant Japanese fresh udon (2paket)
  • 5 sudu mkn cili mesin
  •  1 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 100g daging cincang
  • 4 ketul fish ball
  • 5 jejari ketam
  • 1 biji telur
  • carrot (ikut suka)
  • kobis (ikut suka)
  • 4 sudu besar kicap ABC
  • 2 sudu besar sos tiram
  • ½ cawan air
  • Garam & perasa (secukup rasa)

Cara² :-)
  1. Panaskan sedikit minyak kedalam kuali,goreng telor dan pecah²kan.Angkat & ketepikan
  2. Masukkan bawang merah dan putih goreng hingga kekuningan & mskkan cili mesin tumis hingga terbik minyak
  3. Selepas itu msk kan sos tiram,kicap & air kacau hinggaa sedikit pekat
  4. Mskkan daging cincang,bila daging dah msk masukkan fish ball, jejari ketam & telur td
  5. Kemudian mskkan mee udon & gaul rata
  6. Akhir sekali masukkan kobis & carot gaul sebati
  7. Bila kobis dah layu blh la dihidang kan.

Wednesday, March 09, 2011

Mee Goreng Berlidi

Yuhhhhuuu dah lunch lom,aku ari nie lunch mee goreng lidi je bkn penyapu lidi tau.Asik mee kuning jee kite tuka lak mee lain.Mee lidi nie mkn tak muak mcm mee kuning biase tu.Klu korang x tau nk cari kt mane mee tu korang leh cari kat tesco.



Bahan² :-)
  • 1 bungkus mee lidi (direbus & ditoskan)
  • 3-4 ulas bawang merah }
  • 4 ulas bawang putih }       * kisar halus
  • 5 sudu makan cili mesin
  • 2 sudu sos tiram
  • ½ sudu kicap cair
  • 100g daging/ayam cincang
  • 5 cendawan shitake
  • 4 batang  baby carrot
  • sedikit kobis
  • 5 ketul fish ball
  • 1 biji telur
Cara² :-)
  1. Panaskan minyak masukkan bwg merah & bwg putih yg telah dikisar halus td hingga kekuningan
  2. Mskkan cili mesin & tumis sehingga terbik minyak
  3. kemudian masuk kan daging cincang & fish ball,masukkan sedikit air.Bile air hampir kering masukkan sos tiram, kicap cair & garam.Mskkan telur dan gaul mesra.
  4. Setelah bahan sos pekat boleh lah masukkan cendawan,kobis & carrot.
  5. Akhir skali boleh lah dimasukkan mee lidi yg telah ditos td & sebati kn mee dgn bahan² di dlm kuali tadi.