Isnin yg best sambil golek² kt ats katil ngan c tecik aaron hahahaha tension je sape² yg keje kn.Mesti korang lemau je kt opis bile ari ptame keje stelah cuti 2 ari.Dulu aku pun cmtu gak dan² ari senin mc wakaka x cukup rest la tu yg aku continue cuti lg.K la meh aku jamu mate korang ngan oreo cheese nie ha biar btmbh lemau lg & mdebapkan kn badan ngan lemak cheese nie.Resepi aku ambik kt
k.wan,julia c&p halal ye.
Oreo Cheesecake Cupcake
Bahan-bahan
2 packet biskut oreo (1/2 utk base dan 1/2 utk filing dan toping, dibuang creamnya)
250gm cream cheese - suhu bilik
30gm mentega
100gm gula kaster
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
50gm serbuk oreo
Hiasan : Serbuk oreo secukupnya
Cara-cara :
- Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan tart dan cawan kertas, masukkan sekeping biskut oreo di tengahnya sebagai base (dasar). Ketepikan dahulu.
- Putar cream cheese, mentega, gula dan esen vanila hingga sebati, masukkan telur satu persatu dan putar hingga licin dan tidak berketul. Masukkan serbuk oreo, gaul hingga sebati.
- Masukkan ke dalam piping bag, gunting muncungnya. Kemudian pipekan ke atas biskut oreo.
- Taburkan di atasnya dengan serbuk oreo dan bakar selama 20-25 minit. Sejukkan selama 1 jam di dalam peti sejuk atau semalaman.