Followers

Showing posts with label Telur. Show all posts
Showing posts with label Telur. Show all posts

Thursday, August 25, 2011

Scrambled Eggs Sandwich

Salam....

Yahhhhuuu lagi bape ari nk raye best nyerrr.Umh baru dlm proses nk mengemas nasib hubby tlg cuci kipas,aku gayat skit nk panjat² nie.Biskut pun lom siap lg nie sume last minit nie sume hubby aku nyer pasal la nie asik busy memanjang.Ptg smlm kol 5 lbh baru nk terhegeh-hegeh g BWY chowkit patut nyer kedai tu tutup kol 6 tp sbb ramai lg org dlm tu aku pun tawaf 3 4 kali gak la dlm tu.Ok nk cite menu sahur aku ari nie....ri nie aku wat scrambled eggs mkn ngan roti kenyang giler mkn ahaks klu dah kenyang x leh terus tido kang bertambah gemok badan kang baru tau.Cincai je masak janji perut ku happy hihihihih....





Bahan² :-)
  • 3 biji telur
  • ½ biji bawang besar (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dihiris)
  • 3 tangkai cili padi (potong kecil²)
  • ½ sudu mkn kicap pekat
  • ½ sudu mkn sos cili
  • sedikit sos ikan
  • sedikit lada sulah

Cara² :-)
  1. Panaskan minyak tumis bawang besar,bawang putih dan cili padi hingga wangi
  2. Pecahkan telur dlm mangkuk.Pukul sikit dan masuk dlm kuali sambil dikacau
  3. Masukkan kicap pekat,cili sos,sos ikan dan lada sulah.Sebatikan rasa dan tutup api.



Friday, June 24, 2011

Sambal Telur

Salam.....
Sambal telur nie aku wat time msk n.lemak ijau ari tu.Resepi same je cm k.dayang wat sbb aku malas nk type so aku c&p je la ye.



Sambal Telur
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
bahan-bahan :
  • 4 biji telur rebus (digoreng)
  • 1/2 labu bawang besar (dikisar)
  • 4 biji bawang merah (dikisar)
  • cili giling secukupnya
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris bulat)
Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan kisar dan cili giling hingga garing.
  2. Masukkan garam, gula dan air asam jawa secukupnya. Kemudian masukkan bawang besar. Kacau sebati. (boleh juga masukkan air jika ingin berkuah)
  3. Setelah masak, masukkan telur dan gaulkan rata-rata.
  4. Hidangkan.

Friday, May 27, 2011

Telur Dadar Bermayonis Sausage

 Menu telur dadar nie aku wat smlm yg skali ngan sambal sardin tu.Slalu klu msk sardin mesti aku goreng telur dadar skali.Bahan² lak aku main letak ape je yg ade dlm fridge.




 Bahan² :-)
  • 3 biji telur
  • 1 sudu besar mayonis
  • 1 labu bawang besar ~ dipotong dadu
  • 5 tangkai cili padi ~ dihiris kecil²
  • 1 batang sausage ~ potong bulat nipis²
  • sedikit garam
  • sedikit minyak
Cara² :-)
  1. Masukkan minyak ke dalam frying pan dan panaskan.
  2. Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk dan masukkan mayonis.
  3. Pukul dgn garfu hingga sebati.
  4. Masukkan kesemua bahan2 lain dan gaul lg hingga sebati.
  5. Tuangkan adunan telur dan goreng hingga telur dadar masak.
  6. Angkat dan hidangkan.

Thursday, May 05, 2011

Telur Dadar Berkacang

Slmt ptg kengkwn sume....kali nie aku nk share resepi telur yg simple cmpur sayur skali kn senang x yah msk sayur lg.Kadang² bende simple nie la yg sedap lg² klu time lapo.Eh baru aku pasan ari nie x ujan la klu x ari² ujan mate layu smcm je.Klu Aaron tido aku pun join sekali...x de mende nk wat tido je r nk lipat baju sume dah siap lipat nk bw or menghadap lappy mata aku x memberi kerjasame so tido je ubat dier.Baru je ckp x ujan ttibe mendung lak wlaupun org ckp mendung x beerti ujan tp aku tgk mmg mcm nk ujan gak la.Eh korang tgk baju kt ampai tu bwk msk cpt kang klu dah ujan lebat abis basah.Ok la bg ssape yg nk try telur dadar nie sila² kn la ye jgn malu²



Bahan² :-)
  • 2 biji telur (whisk & cmpur garam skit)
  • 1 biji bawang besar*
  • 1 ulas bwg putih*
  • 3 tangkai cili api*            (tumbuk kasar)
  • kacang panjang (ikut suke la korang nk byk mane) * potong dadu
  • Serbuk kunyit
  • Garam & serbuk perasa
Cara² :-)
  1. Tumis bahan yg telah ditumbuk kasar tadi hingga kekuningan atau cili api garing
  2. kemudian masukkan kacang panjang,serbuk kunyit,garam & serbuk perasa
  3. Bile sayur dah agak stengah masak tuang kan telur td (mcm wat telur dadar tu ye)
  4. Terbalikkan telur & tunggu sehingga telur garing & terus angkat
  5. Tutup api & blh la dihidangkan

Thursday, April 28, 2011

Telur Masin Hancur

Kadang² dah x de idea nk masak per utk dinner so aku hentam je la telur masin yg ntah bape lame tperap dlm cabinet kt dapur tu.Kire ok la aku msk dr x masak tol x...hubby aku makan je ape yg aku masak janji jgn rase hampeh dah mau kedengaran kritikan pedas kuar dr mulut dier nnt huhuhu.Kelakar lak aku nk type resepi nie sbb aku main belasah je ape yg ade kt dlm fridge.Nk gelak...gelak la ek pedulik per aku janji perut aku kenyang hahahaha...



Bahan² :-)
  • 2 biji telur masin (pecahkan & pukul sebati guna garpu)
  • 2 sudu makan kicap manis * x kn nk guna kicap masin lak telur tu kan dah masin
  • 1 labu bawang besar }
  • 1 ulas bawang putih } *kisar halus
  • 5 tangkai cili padi (cincang kasar)
  • sedikit air
Cara² :-)
  1. Panas kan kuali letak minyak masak,tumis bawang merah & bawang putih yg telah dikisar tadi
  2. Bile dah kekuningan masukkan cili padi 
  3. kemudian masukkan air & kicap manis kacau sebati
  4. Masukkan pula telur masin kacau sampai air agak kering sedikit dan tutup api.