Followers

Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Thursday, August 25, 2011

Scrambled Eggs Sandwich

Salam....

Yahhhhuuu lagi bape ari nk raye best nyerrr.Umh baru dlm proses nk mengemas nasib hubby tlg cuci kipas,aku gayat skit nk panjat² nie.Biskut pun lom siap lg nie sume last minit nie sume hubby aku nyer pasal la nie asik busy memanjang.Ptg smlm kol 5 lbh baru nk terhegeh-hegeh g BWY chowkit patut nyer kedai tu tutup kol 6 tp sbb ramai lg org dlm tu aku pun tawaf 3 4 kali gak la dlm tu.Ok nk cite menu sahur aku ari nie....ri nie aku wat scrambled eggs mkn ngan roti kenyang giler mkn ahaks klu dah kenyang x leh terus tido kang bertambah gemok badan kang baru tau.Cincai je masak janji perut ku happy hihihihih....





Bahan² :-)
  • 3 biji telur
  • ½ biji bawang besar (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dihiris)
  • 3 tangkai cili padi (potong kecil²)
  • ½ sudu mkn kicap pekat
  • ½ sudu mkn sos cili
  • sedikit sos ikan
  • sedikit lada sulah

Cara² :-)
  1. Panaskan minyak tumis bawang besar,bawang putih dan cili padi hingga wangi
  2. Pecahkan telur dlm mangkuk.Pukul sikit dan masuk dlm kuali sambil dikacau
  3. Masukkan kicap pekat,cili sos,sos ikan dan lada sulah.Sebatikan rasa dan tutup api.



Saturday, August 06, 2011

Baked Sandwich

Bangunnnn...bangun sahur cpt dah kol bape nie,masak ape yg patut minum air je ishhhh kire ok la janji bangun sahur ye.Pg nie aku sahur sandwich slalu aku wat sandwich x penah bakar dlm oven mkn cenggitu je kali nie aku nk bakar la pulak.Tp kn nie bkn 1st time aku wat baked sandwich nie yg nie kali ke3.2 kali yg aku wat dulu aku gune slice cheese kali nie aku gune mozzarella cheese.Len kali nk tabur byk² mozzarella cheese la dasar kedekut cheese tau letak skit².Tang inti ikut suke uollz la nk taruk per aku letak sardin je hikhik.Resepi nie aku skodeng kt dapur k.nor....kak, julia c&p ye mintak halal 

tgk mozzarella cheese yg ciput tu lom mcair kn diri lg

Klu letak byk cheese lg dappp uollz must try ok simple je resepi nie cuma nk rajin wat kulit tu je la


BAKED SANDWICH

Bahan Kulit/Casing
Roti gardenia secukupnya

Bahan-bahan Inti
1 biji bawang besar, dicincang
2 biji bawang putih, dicincang
1/2 camca serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tiram
200gm - 300gm isi ayam, dicincang
5 biji cendawan butang (dlm tin) , dipotong halus
1 biji telur
Garam & gula secukup rasa
Cheese secukupnya ~ k.nor guna slice cheese

Kaedah penyediaan
1. Lenyek atau gelek roti hingga nipis masukkan dlm acuan dan buangkan tepi lalu dibakar 7 – 8 minit.
2. Tumiskan bawang-bawang. Masukkan sos tiram. Kacau sebentar dan masukkan lada hitam.
3. Masukkan ayam & cendawan. Tumis sehingga masak. (jika perlu tambahkan sikit air untuk bagi ayam betul2 masak)
4. Pecahkan telur dan kacau-kacau sehingga rata dengan ayam dan cendawan.
5. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan sehingga kering.
6. Isikan dalam kulit roti dan taburkan cheese secukupnya. Bakar sebentar sekadar mencairkan cheese.
7. Sedia dihidangkan.. lebih enak dimakan waktu panas2 kerana roti rangup.. jika dibiarkan lama roti sedikit lemau.. tetapi masih enak dimakan

Monday, June 27, 2011

Roti Telur

Salam...

Dah ptg baru thegeh-hegeh aku nk post n3...pas tu nk post psl menu bekpes lak tu hihihi.Nak wat cmner pg td kn ujan je mood nk blogging x der mood lbh kearah bgolek atas katil ngan c kecik nie je.Best nyer la hai pepg ujan sejuk je hubby aku x koje ri nie x sihat mlm smlm dpt mc dari hosp selayang.Smlm time aku kt spital teman kn hubby aku tu punye r ramai org demam mmg musim skrg nie merate org demam.Klu dah besa gagah lg nie klu dak kecik² demam sian tol nengok nyer.U'ollz jage ksihatan gak ye.Ok la kt sini aku nk share resepi roti goreng yg very d simple blh mkn bekpes atau waktu lain pun leh gak....



Bahan² :-)

3 biji telur (ikut suka ati nk size ape)
beberape keping roti (potong 2)
sedikit lada sulah
sedikit garam
beberape titik sos ikan

Cara² :-)
  1. Kacau telur bersama lada sulah,garam & sos ikan
  2. Panas kn minyak dlm kuali
  3. Celup kn roti kedalam bancuhan telur tadi
  4. Goreng sehingga keperangan dibhagian depan dan belakang roti
  5. Sedia utk disantap.

Sunday, March 27, 2011

Roti Sardin Goreng

Hi korang dah bekpes lom nie??? g gosok gigi dulu jom pekene roti sardin nie.Pg nie tanpa dsedari mood rajin dtg hihihihi slalu hubby aku tapau.Hubby aku malas nk kuar lgpun jap g nk g kenduri kawin anak client hubby aku tu kt batu caves.Bkn bt. caves wel² thaipusam tu tau.Klu aku sempat aku snap pix pengantin tu mane tau kot korang kenal ke.Klu ptg nie x ujan aku nk g lake garden r sape mau join klu cam muka aku tu say hi la ye.Eh dah kol bape nie nk siap² g kenduri byeeee kang nasi minyak abis lak kuang³...







Bahan² :-)

  • 10 keping roti gardenia
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 biji telur
  • sedikit serbuk kunyit

Inti :-)
  •  1 tin sardin kecil (toskan kuah)
  • ½ biji bawang besar (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 6 biji cili pada (dikisar)
  • sedikit garam
Cara² :-)
  1. Tumis bawang besar,bawang putih,halia & cili padi hingga garing
  2. kemudian mskkan sardin,kacau seketika
  3. Masukkan serbuk perasa dan hancurkan sardin dgn sudip.
  4. Untuk bancuhan tepung : satu kan tepung gandum,air,telur,secubit garam & sedikit serbuk kunyit kacau rate dan sebatikan
  5. Potong 2 roti gardenia isikan dengan isi sardin td & lipat 2
  6. Celupkan roti yg telah diisikan dgn sardin dengan bancuhan tepung td,kemidian goreng kedalam minyak yg panas
  7. Bila roti dah kekuningan boleh la diangkat & dihidang kan